Aku...Kau & Dia....  

Posted by: Unknown in

Assalamualaikum...

Bermulanya perjalanan blog ni pada tahun 2006....tapi aku register je...dan tak pernah apdet sejak dari tu sampai ler skrg ni...bukan malas ke apa...tapi aku lupa yg aku ada blog ni huhuhu...

so nak cerita tentang apa ye...apa kata aku kenalkan serba sedikit tentang diri aku...

Aku...yang dikenali dengan nama Intan, Nani dan Ayu dari kalangan keluarga dan rakan2....berasal dari Kedah dan sekarang menetap di Putrajaya...

It's Me

Aku...seorang suri rumah sepenuh masa dan seorang ibu pada puteri tunggal ku (buat masa ni la hehe)...

Kau...Mohd. Ridzuan Ab. Khalil seorang suami yg penyanyang...terima kasih kerana menyanyangi diri ini seadanya...

My beloved hubby

my hubby berasal dari Perak...berjiran je kami ni hehe...tapi dia bekerja di KL...sekarang ni dah kerja gomen di bangi...camna aku boleh mula kenal dia...?biar la menjadi rahsia kami...yg aku boleh bgtau kat sini....bahawa aku kenal hati budi dia kat internet haha....

Dia...Nur Aleesya Raihanah...menjadi kebanggaan kami berdua...puteri sulung kami yang baru menjangkau 10 bulan...keletah dia tak penah buat kami kering gusi...ada jer benda yg dia buat bagi kami tersenyum dan gelak...yang paling best...hubby aku suka sgt cubit pipi dia...dan dia akan menangis sambil pandang mama dia mintak pertolongan haha....


Gambar terbaru Aleesya


Semoga Allah memberkati kehidupan dan memberi kebahagiaan kepada kami sekeluarga hingga ke hujung nyawa...Amin...


Kami...percutian di Cameron Highlands


This entry was posted on Saturday, January 01, 2011 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment