Mother's Day Contest | Forum Cari.com  

Posted by: Unknown in ,

Salam 1Blog

Hari Ibu tahun ni jatuh pada 13 Mei 2012...nak bagi hadiah apa ye tahun ni?boleh korang bagi idea?hehe...

ok..nanti kita pikirkan hadiah apa nak bagi tahun ni kat Ibu masing....tapi sekarang ni aku nak info pasal contest di Forum Cari.com...

Mother's Day Contest...Ni entry aku...bagi komen please ;)



So kalau korang nak join Tarikh tutup dia 6 Mei 2012...xlama dah ni..aku pun last minit je masuk ni kebetulan nampak :)

Ok..ni info pasal contest ni :

[Objektif]
Menghargai dan berterima kasih kepada kasih sayang para ibu

[Peserta]
Hantar gambar anda dan ibu, berserta ucapan kepada ibu anda dengan kandungan kira-kira 400-600 patah perkataan. Siarkan dalam thread ini.

[Jadual]
9 Apr - 6 Mei: Hantarkan Penyertaan
7 Mei - 9 Mei: Undian
10 Mei: Penghantaran Hadiah
12/13 Mei: Hari Ibu

[Hadiah]
Juara x1: Hadiah wang tunai + 1000 mata forum + 1 emas carnations, yang bernilai RM 208, dihantar menggunakan skynet kepada ibu tercinta anda


Naib Juara x1: 1000 Mata Forum + gelang berlian Korea

Tempat Ketiga x1: 800 Mata Forum + gelang berlian Korea
Anugerah Kecemerlangan x3: 500 Mata Forum
Semua peserta: 100 Mata Forum

[Terma dan Syarat]
Peserta mesti menjadi ahli CARI. Atau anda boleh mendaftar di sini.
Penganjur mempunyai hak untuk menggunakan gambar dan artikel yang dihantar.
Perlu memberikan maklumat peribadi yang sebenar.
Keputusan penganjur adalah muktamad.
Pihak penganjur berhak membuat sebarang perubahan tanpa memberi notis terlebih dahulu.
Jika mana-mana peserta didapati melanggar mana-mana peraturan, penyertaana akan dibatalkan secara automatik.



Selamat Mencuba !!

This entry was posted on Saturday, May 05, 2012 and is filed under , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment