Kronology Of Event : Lot 477 a.k.a No. 201
Posted by: Unknown in All About Rumah, All About Us, Bandar Tasik KesumaSalam 1Blog
Nak bercerita panjang skit sebab dah lama sangat aku tak apdet blog ni...walau tiap hari aku melangut mengadap blog ni...tapi hanya sekadar chatting dgn kwn2 di shoutmix tu..nak apdet blog xdapek sbb xde laptop aku nak apdet...eh tapi camne aku boleh ter'apdet plak blog arini??tungguuuu.........
Huhu...saja jer buat entry ni...sbb ape?dah lama terpikir...dan bila tgk makin ramai kwn2 dari Fasa 9C ni join kat shoutmix tu...terpikir nak buat satu komuniti utk bincang2....BTK ni ada forum dia sendiri...tapi macam dah kena spam je...
apa kata kita buat Facebook utk Fasa 9C?sekadar cadangan je la...sian tgk kwn2 dok chat kt shout mix tu takleh nak tulis & bincang panjang2 hehe....selain dari tu boleh kita kenal2 dengan lebih rapat...
Apa Kata Survey??
sebenarnya yg dorg dok bgtau kata nak renew lesen di kementerian perumahan tu sbnrnya permit iklan dorg yg sepatutnya disertakan skali utk apply loan tu dah mati 3/3/2011 aritu...Namfatt tak nak renew permit tu semata2 utk 6 org kami yg balance ni je nak kena renew byr riban2...sbb projek Fasa 9C ni last projek...Namfatt tgh 'sakit' sbb tu dia jual sumer tanah2 dia kt pemaju lain sbb rugi dlm investment dorg...tak silap En.Azhar ckp dlm forex kot...so kami hanya perlu isi Borang Penilaian utk gantikan permit iklan tu....
aku dah pernah bgtau hubby psl ni...mesti Namfatt tgh problem dgn duit...kl tak...takkan la dia nak jual sumer tanah2 dia sedangkan pemaju2 di luar dari Semenyih sumer nak attack Semenyih utk projek perumahan sbb di Lembah Klang dah takde tanah...mesti ada yg xkena....then bukti yg kami dapat pasal surat cagaran tanah tu la...
bila En.Azhar bgtau mcm ni baru la nampak terang dan jelas apa masalah sebenarnya...ni dari dulu bila tanya dok ckp bank yg lambat bagi...padahal dorg yg xbyr hutang tu....
skrg ni kira tak jadi la cancel umah ni...dpt jer surat dari lawyer tu dah blh apply Loan dari BPP....umah pun lepas raya ni InsyaAllah dah dpt kunci....skrg ni tunggu CF lagi...dari Indah Water yg blom dpt kelulusan...sbb dorg nak suh laju kan skit pressure air tu...yg lelain sumer dah ok...
huhu...lega skit la skrg ni...bab interest late payment tu tak timbul sbb En.Azhar ckp dorg dah ada bukti dokumen2 loan kami bertarikh bln February aritu...so pemaju takkan kenakan interest tu...sbb bukan kami yg buat lambat....
fuh...legaaa....
last skali yg bestnya dapat tengok rumah kami yg bakal diduduki nanti...Alhamdulillah...
![]() |
| Rumahku yang comel ;) |
Tiba-tiba terasa tak sedap hati dan fed-up...
Posted by: Unknown in All About Rumah, Bandar Tasik KesumaHmm...aku dah maleh nak tulis panjang2...dah takde mood nak pikirkan benda ni...asyik alasan yang sama...
kalau korang nak tau pasal apa....korang boleh baca kat thread ni...
Surat Gadaian Tanah tak dapat2 lagi...Surat Progress billings yang dapat dulu... - Kepenggunaan, Hak Pekerjaan & Hak Anda - CARI Malay Forums
![]() |
| pintu pagar belakang |
![]() |
| pandangan ke dapur |
![]() |
| pandangan sisi dapur...tgk kecik je ruang ni huhu... |
![]() |
| jalan belakang besar...muat kereta lalu... |
![]() |
| longkang |
![]() |
| Aleesya dah siap...sempat lagi main rantai mama :) |
![]() |
| jalan tar yang kotor akibat kerja2 kontraktor |
![]() | |
| hubby check tempat buang sampah |
![]() |
| meter elektrik dah ada |
![]() |
| ni rumah contoh bagi intermediate lot |
![]() |
| plaster ceiling nak buat camni je...simple... |
![]() | |
| ukuran tangga untuk buat stor dan rak kasut...kl de bajet lebih... |
![]() |
| ni dapur...kecik je kan... |
Pihak pemaju dan berkuasa tempatan juga sudah dirujuk untuk penyelesaian.
Namun sehingga hari ini tidak ada usaha diambil untuk memperbaiki keretakan yang semakin serius.
Ikuti laporan disediakan wartawan Loo Tung Seang.
Visual ini kami siarkan dalam Aduan Rakyat 28 November lalu.
Ia dibangkitkan penduduk pangsapuri Baiduri Fasa 6, Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor.
Keretakan pada dinding bangunan kediaman dan pada beberapa tiang penyokong siling mengancam keselamatan penghuni.
Masalah sudah berlarutan sejak 2003 lagi.
Aduan Rakyat mendapatkan komitmen pemaju.
David Hon, Pengerusi Perancangan, Bahagian Harta, Nam Fatt: "Kami akan kaji masalah ini dan kami akan bincang dengan penghuni cara untuk menyelesaikan masalah ini. Kami akan rujuk jurutera juga berkenaan perkara ini."
Yang pasti pangsapuri terbabit mendapati keretakan bertambah serius.
Mat Ali Tukiman, Pengerusi Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Baiduri: "Sehingga hari ini, pihak pemaju masih lagi belum datang bertemu kami membincangkan secara khusus masalah yang sedang berlaku di pangsapuri kami sekarang. Sehinggakan penduduk masih lagi merasa amat bimbang dengan kediaman mereka yang semakin hari keretakannya semakin bertambah."
Kami juga mendapatkan reaksi Majlis Perbandaran Kajang.
Muhammad Hafiz Shaari, Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang: "Kita di MPKJ telah mengeluarkan notis penjelasan kemungkiran kepada pihak arkitek dan sememangnya arkitek ini telah menandatangan untuk bertanggungjawab sekiranya menyebabkan struktur bangunan (retak). Kita telah beri tempoh kepada arkitek untuk memberi maklum balas tentang punca. Ada 3 butir kita minta tentang perincian kemungkiran dan sebab, juga kita minta dia maklum kepada kita tentang tindakan pemulihan."
Aduan Rakyat akan memantau lagi masalah ini sehingga selesai.
Loo Tung Seang, Aduan Rakyat, TV3 ambil berat.]]
Lot 477, Bandar Tasik Kesuma (Alpinia Fasa 9C)
Posted by: Unknown in All About Rumah, Bandar Tasik KesumaAgak lebih sebulan yg lalu kami sign S&P, hari ni En.Azhar phone suh kami ke pejabat BTK utk ambil S&P yang dah completed serta dokumen2 lain...
sampai kami di sana, En. Azhar menerangkan tentang borang2 serta dokumen2 untuk kami sediakan bagi permohonan pinjaman...hubby aku ambik loan government...so dia kena mohon borang dari jabatan dia dulu...
selain dari tu...kami jugak kena bayar RM200++ untuk bill misc. peguam...sebelum ni kami hanya diberitahu perlu bayar deposit RM500 tu jer...tiba2 kena plak bayar bil yg ni...maybe disebabkan kekurangan maklumat tentang pembelian rumah ni maka kami tak tahu sangat procedure dan bayaran2 yg perlu kami ambil perhatian....
apa pun aku dah teruja dah bila dpt S&P ni..En. Azhar bgtau yg kunci rumah maybe dalam bulan Mei dapat...boleh la aku bajet design kabinet dapur aku nanti camna...hihihi...
![]() |
| Ni ler plan rumah aku...kecik je hehe... |
![]() |
| Jalan yang dah siap di tar |
![]() |
| Rumah contoh |
![]() |
| Ruang tamu |
![]() |
| Dapur...simple je kan... |
![]() |
| Bilik utama |
![]() |
| Bilik 2 |
![]() |
| Bilik 3 |























