Migraine Is Not 'Just a Headache'  

Posted by: Unknown in , , , ,

Salam 1Blog

Jam 2 pagi tadi Ayu baru jer nak terlelap, kepala terasa berdenyut-denyut...nak tido tak boleh...badan terasa berangin...silap makan ke?sambil fikir-fikir makan benda apa yang berangin badan...yer la kadang-kadang angin badan boleh sampai kepala kan...

Terus bangun
dan ambil Peppermint Ginger telan 3 biji sekaligus...cuba untuk lelap balik...tapi semakin kuat pulak berdenyut-denyut kepala ni...dan baru perasan...sakit kepala yang sama Ayu pernah rasa 14 tahun yang lalu...masa zaman study...

MIGRAINE!!!

14 tahun yang lalu memang Ayu selalu kena attack dengan Migrain...yer la selalu stay up malam-malam buat assignment la, buat projek kumpulan la...stress kan dengan banyak kerja student nak buat masa tu...tapi yang paling ketara selalu kena attack time Ayu pekena Nescafe atau Teh Ais...sampai satu tahap tu minum Nescafe or Teh Ais sikit pun dah tak boleh...terus flat...

Bila dah kena attack Migrain ni...apa yang Ayu makan nak hilangkan sakit? Semestinya la 'Panadol'...tapi bila dah selalu ambil Panadol ni..badan dah jadi 'mangli'...atau lebih tepat dah lali dengan Panadol ni dah takde effect apa-apa...kemudian Ayu upgrade ambil Ponstan...lama-lama makan 2 biji pun tak jalan jugak...sakit Migrain semakin menjadi-jadi...sekali datang memang terasa macam nak hentak kepala kat dinding tau...saper yang pernah rasa dia tau la camne sakitnya...


Kemudian Ayu tanya dengan kawan-kawan ubat apa lagi yang boleh hilangkan Migrain ni...sebabkan Ponstan yang doktor bagi pun dah tak bagi effect apa-apa kat Ayu...seorang rakan rekomenkan Visograin...katanya ubat ni yang terkuat...memang betul penangan ubat ni buatkan Ayu tertidur sepanjang hari sampai tak masuk kelas! Bila dah sampai ke tahap tu Ayu terfikir...sampai bila Ayu nak bergantung pada ubat tahan sakit jer? Apa lagi yang Ayu boleh buat untuk elak dari terkena Migrain ni? So Ayu terus STOP ambil Nescafe dan Teh Ais!

Alhamdulillah...hasil tekad berhenti minum cafein ni dan amalkan minum air putih dan orange juice je...Migrain dah tak menyerang lagi dah....



Sehinggalah pagi tadi...setelah 14 tahun!
Migrain kembali...hmm...agak-agak apa punca terjadinya Migrain ni ye?
Jom kita tengok antara punca-punca Migrain ni:

1. Perubahan Hormon Badan

Kebiasaan ia berlaku pada wanita ketika tiba waktu nak period. Antara hormon yang terlibat ialah estrogen. Ia kadang-kadang di alami 2 hari sebelum dan 3 hari selepas period. Keadaan semakin teruk dan kerap sakit selepas menopause.

2.  Perubahan dan Ketidakstabilan Emosi
  • Stress atau tekanan
  • Perasaan marah
  • Gemuruh
  • Terkejut
  • Murung

3. Perubahan Fizikal
  • Penat
  • Perubahan waktu tidur
  • Tidur tak cukup
  • Bekerja shift
  • Rendah kandungan gula dalam badan
  • Aktiviti yang membuatkan jantung terpaksa bekerja lebih kuat dan lama. Contohnya marathon.

4. Pemakanan
  • Terlepas atau tangguh waktu makan
  • Kurang air dalam badan
  • Pengambilan alkohol
  • Pengambilan perasa makanan
  • Pengambilan kafein, coklat dan produk tenusu seperti keju/cheese
  • Buah yang ada kandungan berasid

5. Keadaan Sekeliling
  • Cahaya terang seperti lampu
  • Cahaya dari alat elektronik
  • Asap rokok
  • Bunyi bising
  • Perubahan cuaca. Harini panas terik, esok hujan, lusa panas terik balik.

6. Pengambilan Ubat
  • Ubat tidur
  • Ubat berkaitan menopause

Ada kemungkinan beberapa faktor di atas ni yang buatkan Ayu kena Migrain ni...
Jom kita tengok tanda-tanda berlakunya Migrain ni :
  • Sakit kepala yang terlampau sakitnya, terutama pada bahagian sebelah kepala
  • Sensitif kepada cahaya, bau dan bunyi
  • Gangguan penglihatan
  • Rasa ingin muntah dan juga muntah2
  • Pening
  • Hilang daya imbangan badan
  • Badan rasa lemah
  • Gangguan percakapan
  • Gangguan pendengaran, seperti bila air masuk telinga
  • Sakit pada bahagian abdomen
  • Hilang fokus
  • Sakit kepala bertambah ketika buat aktiviti melibatkan fizikal – berjalan, naik tangga

Migrain ni pulak ada peringkat-peringkat tertentu :


1. Prodromal Stage
  • Peringkat permulaan. Perubahan mood, tenaga, sikap dan pemakanan. Boleh dirasai beberapa jam atau hari sebelum diserang
2. Aura
  • Gangguan penglihatan seperti silau. Boleh berlaku dalam tempoh 5 minit hingga sejam
3. Headache Stage
  • Sakit pada bahagian sebelah kepala. Muntah, silau melampau, dan berlarutan 4 hingga 72 jam
4. Resolution Stage
  • Sakit kepala dan simptom berkurangan. Badan rasa penat untuk beberapa hari

Bagaimana kita nak hilangkan Migrain ni?

1. Makan ubat – sila dapatkan nasihat doktor sebelum telan sebarang ubat. Keadaan berbeza untuk orang hamil dan menyusu badan.

  • Painkiller – ubat tahan sakit. Paracetamol, aspirin dan ibuprofen
  • Triptan – ubat yang ubah punca perubahan dalam salur darah
  • Ubat Anti-sickness – contohnya anti-emetic iaitu ubat untuk kurangkan rasa muntah dan muntah2
Makan ubat. Kemudian rehat dengan cara baring dan tidur dalam bilik gelap serta sunyi.

2. Kurangkan stress
3. Elakkan makanan yang jadi punca
4. Elakkan pengambilan kafein dan alkohol
5. Senaman
6. Minum banyak air kosong
7. Biar cukup tidur

8. Kumpul maklumat dan rujuk kepada doktor
  • kenal pasti apa punca
  • simptom dan tanda2
  • kenal pasti bila ia serang
  • tarikh waktu ia serang
  • tarikh bila habis serang
Sumber : Credit

Namun Alhamdulillah....semalam Ayu dapat hilangkan Migrain tanpa sebarang ubat tahan sakit!
Bagaimana?
Hanya dengan pengambilan supplemen Shaklee!
Akhirnya Ayu dapat tidur dengan nyenyak tanpa rasa sakit kepala lagi.
Apa yang Ayu ambil?



Ostematrix
Terdiri dari kalsium,magnesium dan Vitamin D. Kalsium yang dapat meringankan stress, memperbaiki jantung berdebar, memperbaiki depresi, mood swing dan sakit kepala. Magnesium dapat membantu sistem saraf, pengecutan otot dan saraf, menstabilkan denyutan sekata yang sering di hadapi oleh pengidap migrain.

B complex
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitan migrain. Vitamin B yang lengkap dalam B Complex Shaklee ini akan memastikan anda bukan saja kurang risiko diserang migrain, tapi juga penyakit-penyakit lain seperti depresi, stress dan strok. Juga sangat terkenal dengan jolokan "painkiller semulajadi".

Jadinya tak perlulah Ayu bergantung pada ubat tahan sakit lagi...sememangnya dah LAMA tak sentuh ubat tahan sakit ni. Cukup sekadar ambil supplement yang semulajadi je :)

Jika tak prevent dari sekarang...sakit kepala tu akan berlarutan...percaya lah...Ayu dah alami dulu....gerun bila fikirkan semula...

TAK SANGGUP!



Disclaimer 
Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

This entry was posted on Monday, October 20, 2014 and is filed under , , , , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

1 comments

Good info n nice sharing! Keep it up!

Post a Comment