Aleesya dah 11 bulan...  

Posted by: Unknown in

Hari ni Aleesya genap 11 bulan...yang bestnya...hari ni ler jugak dia nak babai2 bila kita suruh...sebelum ni aku ajar dia..xmau buat langsung hehe...sempat aku rakam skit gelagat dia..sbb Aleesya ni pantang nampak kamera...trus jer dia datang kt kita...tak sempat nak snap kadang2 tu huhu...

selain dari tu dia sekarang ni dok belaja berdiri tanpa pegang apa2 support...sebelum ni dia pegang sofa sambil jalan2 situ...skrg ni dah xpegang sofa...tapi baru2 belaja ni boleh berdiri sekejap2 jer la...hehe...caiyo' caiyo' Aleesya...


Aleesya tgh buat latih tubi berdiri




Retak??!!  

Posted by: Unknown in

[[Aduan keretakan pangsapuri ini disiarkan Aduan Rakyat November tahun lalu.

Pihak pemaju dan berkuasa tempatan juga sudah dirujuk untuk penyelesaian.

Namun sehingga hari ini tidak ada usaha diambil untuk memperbaiki keretakan yang semakin serius.

Ikuti laporan disediakan wartawan Loo Tung Seang.

Visual ini kami siarkan dalam Aduan Rakyat 28 November lalu.

Ia dibangkitkan penduduk pangsapuri Baiduri Fasa 6, Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor.

Keretakan pada dinding bangunan kediaman dan pada beberapa tiang penyokong siling mengancam keselamatan penghuni.

Masalah sudah berlarutan sejak 2003 lagi.

Aduan Rakyat mendapatkan komitmen pemaju.

David Hon, Pengerusi Perancangan, Bahagian Harta, Nam Fatt: "Kami akan kaji masalah ini dan kami akan bincang dengan penghuni cara untuk menyelesaikan masalah ini. Kami akan rujuk jurutera juga berkenaan perkara ini."

Yang pasti pangsapuri terbabit mendapati keretakan bertambah serius.

Mat Ali Tukiman, Pengerusi Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Baiduri: "Sehingga hari ini, pihak pemaju masih lagi belum datang bertemu kami membincangkan secara khusus masalah yang sedang berlaku di pangsapuri kami sekarang. Sehinggakan penduduk masih lagi merasa amat bimbang dengan kediaman mereka yang semakin hari keretakannya semakin bertambah."

Kami juga mendapatkan reaksi Majlis Perbandaran Kajang.

Muhammad Hafiz Shaari, Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang: "Kita di MPKJ telah mengeluarkan notis penjelasan kemungkiran kepada pihak arkitek dan sememangnya arkitek ini telah menandatangan untuk bertanggungjawab sekiranya menyebabkan struktur bangunan (retak). Kita telah beri tempoh kepada arkitek untuk memberi maklum balas tentang punca. Ada 3 butir kita minta tentang perincian kemungkiran dan sebab, juga kita minta dia maklum kepada kita tentang tindakan pemulihan."

Aduan Rakyat akan memantau lagi masalah ini sehingga selesai.

Loo Tung Seang, Aduan Rakyat, TV3 ambil berat.]]
 
Sumber: Aduan Rakyat TV3
 
Huh...bila dengar berita ni...dalam hati aku dah terpikir2 camna dgn umah aku yg bakal di duduki kt BTK tu?adakah akan mengalami perkara yang sama?atau hanya berlaku pada pangsapuri memandangkan bangunan jenis tinggi?ahh...aku dah tak sedap hati...bila aku tanya hubby camna...dia ckp entah lah...tengok la camna nanti...
 
jawapan tu langsung tak menenangkan aku...memandangkan kami dah  dalam  proses apply loan..aku pejamkan mata...pekakkan telinga je...kl blom..dah lama aku suh hubby aku carik umah lain...huhu...

Submit for Loan...but lambat lagi....  

Posted by: Unknown in ,

Seminggu selepas dapat S&P yang completed...hubby ajak aku ke BTK nak jumpa pemaju untuk serahkan borang2 permohonan untuk apply loan...coz En.Azhar sendiri yg akan hantarkan ke bahagian pinjaman perumahan...

Setelah penyerahan dibuat...termasuk wang proses...En. Azhar bgtau yang kami kena tunggu lagi untuk satu dokumen cagaran dari bank CIMB Labuan...dapat dokumen tu baru boleh submit untuk loan...dalam tempoh sebulan lebih paling cepat boleh dpt dokumen tu...huh...lama lagik ler nampaknya proses ni tak selesai2...

kami jugak dimaklumkan En.Azhar yg kunci rumah maybe dapat dalam bulan 4...sbb rumah dah complete 100%...tunggu CF je lagik...so berkemungkinan kes kami ni...dapat kunci dulu baru loan lulus...kiranya untung la kami coz tak perlu mula bayar loan lagi mcm org lain...kami dpt kunci baru start bayar....haa...ni berita baik la bt kami...tapi nak menunggu surat cagaran tu ler buat den lemah skit....ishkk...dah tak sabar nak deco2 umah ni huhu...

Lot 477, Bandar Tasik Kesuma (Alpinia Fasa 9C)  

Posted by: Unknown in ,

Agak lebih sebulan yg lalu kami sign S&P, hari ni En.Azhar phone suh kami ke pejabat BTK utk ambil S&P yang dah completed serta dokumen2 lain...

sampai kami di sana, En. Azhar menerangkan tentang borang2 serta dokumen2 untuk kami sediakan bagi permohonan pinjaman...hubby aku ambik loan government...so dia kena mohon borang dari jabatan dia dulu...

selain dari tu...kami jugak kena bayar RM200++ untuk bill misc. peguam...sebelum ni kami hanya diberitahu perlu bayar deposit RM500 tu jer...tiba2 kena plak bayar bil yg ni...maybe disebabkan kekurangan maklumat tentang pembelian rumah ni maka kami tak tahu sangat procedure dan bayaran2 yg perlu kami ambil perhatian....

apa pun aku dah teruja dah bila dpt S&P ni..En. Azhar bgtau yg kunci rumah maybe dalam bulan Mei dapat...boleh la aku bajet design kabinet dapur aku nanti camna...hihihi...

Ni ler plan rumah aku...kecik je hehe...