Retak??!!  

Posted by: Unknown in

[[Aduan keretakan pangsapuri ini disiarkan Aduan Rakyat November tahun lalu.

Pihak pemaju dan berkuasa tempatan juga sudah dirujuk untuk penyelesaian.

Namun sehingga hari ini tidak ada usaha diambil untuk memperbaiki keretakan yang semakin serius.

Ikuti laporan disediakan wartawan Loo Tung Seang.

Visual ini kami siarkan dalam Aduan Rakyat 28 November lalu.

Ia dibangkitkan penduduk pangsapuri Baiduri Fasa 6, Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor.

Keretakan pada dinding bangunan kediaman dan pada beberapa tiang penyokong siling mengancam keselamatan penghuni.

Masalah sudah berlarutan sejak 2003 lagi.

Aduan Rakyat mendapatkan komitmen pemaju.

David Hon, Pengerusi Perancangan, Bahagian Harta, Nam Fatt: "Kami akan kaji masalah ini dan kami akan bincang dengan penghuni cara untuk menyelesaikan masalah ini. Kami akan rujuk jurutera juga berkenaan perkara ini."

Yang pasti pangsapuri terbabit mendapati keretakan bertambah serius.

Mat Ali Tukiman, Pengerusi Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Baiduri: "Sehingga hari ini, pihak pemaju masih lagi belum datang bertemu kami membincangkan secara khusus masalah yang sedang berlaku di pangsapuri kami sekarang. Sehinggakan penduduk masih lagi merasa amat bimbang dengan kediaman mereka yang semakin hari keretakannya semakin bertambah."

Kami juga mendapatkan reaksi Majlis Perbandaran Kajang.

Muhammad Hafiz Shaari, Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang: "Kita di MPKJ telah mengeluarkan notis penjelasan kemungkiran kepada pihak arkitek dan sememangnya arkitek ini telah menandatangan untuk bertanggungjawab sekiranya menyebabkan struktur bangunan (retak). Kita telah beri tempoh kepada arkitek untuk memberi maklum balas tentang punca. Ada 3 butir kita minta tentang perincian kemungkiran dan sebab, juga kita minta dia maklum kepada kita tentang tindakan pemulihan."

Aduan Rakyat akan memantau lagi masalah ini sehingga selesai.

Loo Tung Seang, Aduan Rakyat, TV3 ambil berat.]]
 
Sumber: Aduan Rakyat TV3
 
Huh...bila dengar berita ni...dalam hati aku dah terpikir2 camna dgn umah aku yg bakal di duduki kt BTK tu?adakah akan mengalami perkara yang sama?atau hanya berlaku pada pangsapuri memandangkan bangunan jenis tinggi?ahh...aku dah tak sedap hati...bila aku tanya hubby camna...dia ckp entah lah...tengok la camna nanti...
 
jawapan tu langsung tak menenangkan aku...memandangkan kami dah  dalam  proses apply loan..aku pejamkan mata...pekakkan telinga je...kl blom..dah lama aku suh hubby aku carik umah lain...huhu...

This entry was posted on Saturday, February 26, 2011 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment