10 SEBAB KENAPA PERLU DETOKS WALAUPUN KURUS  

Posted by: Unknown in , , ,

Kenapa Detox?

Kenapa perlu DETOKS walaupun kurus?

Selalu detoks ni orang fikir hanya untuk orang yang alami masalah berat badan. Tapi orang kurus juga perlu detoks ye 😉
.
Detoksifikasi merupakan satu proses secara psikologi dan perubatan untruk mencuci toksid dalam mikroorganisma hidup, termasuklah tubuh badan manusia.
.
Dari segi perubatan, ia bermakna proses mengeluarkan bendasing dalam badan yang boleh menyebabkan perubahan tidak baik yang berlaku pada tubuh seseorang.
.
Proses detoksifikasi membantu mengeluarkan toksin, memberikan khasiat dan nutrisi untuk tubuh, dan membantu mengelakkan dari jangkitan kuman serta meningkatkan keupayaan tubuh badan untuk mengekalkan kesihatan.
.
Jadi penting untuk kita detoks diri kita ye agar bersih dari toksin 😊
.
Jom tengok 10 sebab kenapa kita perlu detoks 



Kurangkan Berat Badan

Toksin menyebabkan keupayaan untuk badan membakar lemak semakin berkurangan. Ini seterusnya akan menyebabkan berat badan mudah bertambah dan mula mengundang berbagai penyakit seperti diabetes, masalah jantung dan darah tinggi. Detoksifikasi membantu mengurangkan toksin dalam sel lemak dan meningkatkan metabolisma tubuh badan.


Menguatkan Sistem Imun

Semakin banyak pencemaran dan toksin dalam badan, sistem imun kita akan semakin lemah. Detoks secara kerap dapat memperbaiki semula tahap kekuatan sistem imun dan mengawal jangkitan.


Melambatkan Kesan Penuaan

Detoksifikasi akan menghalang radikal bebas dan berbagai logam dan toksin dari merosakkan sel-sel tubuh. Ia juga meningkatkan keupayaan tubuh badan untuk menyerap nutrien, antioksida dan vitamin yang dapat membantu melawan oksidasi pada sel.


Membaiki Tahap Kesihatan Kulit

Pemakanan dan keadaan persekitaran merupakan faktor penting dalam menjaga kesihatan kulit dari dalam. Detoksifikasi akan membantu menyerikan kulit, mengurangkan masalah jerawat di samping menguatkan kuku dan rambut.

Mengeluarkan Toksin

Kehidupan kita zaman kini banyak terdedah kepada toksin seperti bahan kimia, pengawet dalam makanan dan pencemaran air serta udara. Toksin ini tersimpan dalam tisu-tisu badan dan setiap sel, termasuk OTAK! Toksin juga punca kulit jadi kusam dan tidak bermaya serta berjerawat.


Memperbetulkan semula sistem tubuh

Sistem pencernaan, saraf dan hormon saling berkaitan dalam mengekalkan tahap kesihatan tubuh. Namun, apabila toksin menganggu sistem tersebut, badan kita tidak dapat melakukan tugasan dengan sempurna dan seimbang. Ini menyebabkan badan mudah sakit dan terkena jangkitan. Detoksifikasi akan membetulkan semula sistem badan kita agar dapat menjalankan fungsi dengan sempurna semula.


Menyihatkan Minda dan Emosi

Apabila sistem tubuh badan berjalan dengan lancar, perubahan emosi dan mental akan bertambah baik. Kita dapat menjalankan tugas dengan lebih waras, mudah berbincang dan dapat mengawal perasaan dengan baik serta mampu menganalisa sesuatu dengan tangkas.
  

Meningkatkan Kualiti Hidup

Tubuh kita semakin hari semakin stress dan rosak akibat berbagai toksin dan pencemaran yang merbahaya. Buktinya kesihatan kita seringkali terganggu seperti mengalami masalah sakit-sakit sendi, sakit kepala, masalah penghadaman, sukar tidur dan keletihan. Detoksifikasi akan membantu mengurangkan tekanan pada tubuh badan dan juga kembali menguatkan memori kita.


Mengelakkan Penyakit Kronik

Toksin dan pencemaran merupakan punca utama berlakunya berbagai penyakit kronik seperti kanser, masalah otak, jantung, strok dan sebagainya. Setiap hari kita terdedah kepada berbagai toksin dan menyebabkan berlakunya kerosakan dan perubahan pada proses pembahagian sel. Detoksikifasi membantu melancarkan semula sistem badan untuk mengelakkan sebarang jangkitan dan mencegah penyakit.


Meningkatkan Tenaga

Detoksifikasi akan meningkatkan semula tahap tenaga kerana pencemaran dan logam yang meingkatkan stress tubuh semakin berkurangan. Kita akan berasa lebih semangat secara mental, fizikal dan mampu mengawal emosi dengan baik. Masalah tidur juga semakin berkurangan serta tidak perlukan tidur yang lama untukl kembali bertenaga.

This entry was posted on Thursday, September 21, 2017 and is filed under , , , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment