Nampak BIASA sekali kena MERANA!  

Posted by: Unknown in , , ,

Tetiba jer teringat kisah ni.

Agak menggerunkan bila teringat balik.

Terasa ingin berkongsi disini agar menjadi panduan ibu-ibu diluar sana kerana kebanyakkan ibu-ibu yang menyusu anak akan mengalami perkara yang sama.

Kalau tak pernah alami tu bersyukurlah kerana tak perlu menanggung kesakitan.

Kisah ni sekitar awal bulan Mei yang lalu. Tapi terasa masih segar diingatan.



Di suatu petang sesampai di rumah selepas selesai membeli barang keperluan rumah, seluruh badan terasa seram sejuk. Bulu roma meremang semacam. Setiap sendi terasa menyucuk-nyucuk lenguh.

Tiba-tiba rasa nak demam!

Serasa hampir 2 tahun dah tak demam. Last demam masa mengandungkan anak bongsu tahun 2015.

Syukur Alhamdulillah asbab konsisten pengambilan vitamin-vitamin Shaklee dengan izinNya kesihatan ni semakin baik. Susah sangat la nak dapat selsema atau demam berbanding sebelum kenal Shaklee.

Kalau dulu kena hujan renyai-renyai sikit pun dah sokseksoksek hidung ni. Orang cakap badan tak cukup zat hihi

Tapi kali ni memang tiba-tiba jer demam. Suhu terus mencecah 38'C.

Terfikir tak de kena hujan pun. Tapi ada satu part tu memang tengah berdenyut-denyut. Dah mula terbayang pelbagai kemungkinan di kepala. Risau!

Lepas maghrib memang terasa part berdenyut tadi bengkak. Sah! Miss B bengkak. Memang kalau miss B bengkak boleh jadi demam serta-merta.

Teringat pengalaman masa pertama kali jadi ibu. Tujuh tahun yang lalu semasa lahirkan anak pertama.

Minggu kedua dah merasa menderita miss B bengkak. Siap ke klinik sebab tak tahan sakitnya.

Anak kedua juga punya pengalaman yang sama. Di awal kelahiran mesti miss B akan bengkak. Gara-gara anak tak nak menyusu. Asyik tido jer.

Usaha dengan mengurut, memerah serta tuam semuanya tidak berhasil. Ke klinik juga akhirnya.

Namun pengalaman anak ketiga ni agak berlainan. Mungkin juga sebab dah kenal Shaklee.

Vitamin-vitamin Post-natal Set serta Lecithin banyak membantu dalam proses penyusuan.

Tapi setelah setahun lebih perkara yang digeruni berulang kembali.

Gara-gara anak kurang menyusu sebab tengah selsema. Bila hidungnya tersumbat memang tak nak la dia menyusu.

Dalam masa yang sama tengah up kan dose Alfalfa dari sebiji ke 2 biji. Gara-gara risau susu tak cukup untuk anak sebab ESP asyik OUT OF STOCK memanjang.

Maka berulang la drama air mata menahan kesakitan sambil tuam dengan ais.



Even dah perah & bagi anak menyusu masih sakit dan badan seram sejuk menahan kesakitan.

Terus buka fridge dan perhatikan satu-persatu botol vitamin yang tersusun.

Tak banyak yang tinggal sebab stok baru order belum sampai.

Vitamin C takde! Blom sampai stock.
Ostematrix takde! Out of stock jugak.
Vitalea takde! Blom sampai stock.
Bcomplex my natural pain killer jugak takde! Blom sampai stock.



Perhati lagi apa yang ada dalam fridge.

Lecithin! Alhamdulillah!
Terus keluarkan 2 biji.

Lecithin ni antara salah satu fungsi dia boleh bantu dalam masalah 'clog duct'.

Garlic Complex! Antibiotik!
Ambik 1 biji.

Garlic ni bila tengok je botol dia automatik teringat antibiotik. Sebab khasiat bawang putih ni dah diketahui dan dimanfaatkan oleh masyarakat terdahulu sejak berkurun lamanya.

Nutriferon! Yup my other solution kalau demam & selsema.
Mesti ambik!

Alhamdulillah masih ada supplement yang dapat membantu.

Panadol?
PCM?

Dah lama tak telan. Sebelum ni makan tak berapa nak menjadi so ikhtiar cara ni je.

Setelah hampir 2 jam asbab makan supplement tadi miss B dah kurang sakitnya.
Badan juga dah terasa berpeluh sedikit. Suhu badan juga turun.

Alhamdulillah dengan izinNya.

Keesokkan paginya demam dah takde, sakit pun dah hilang tapi badan masih terasa lemah namun dapat bangun seperti hari-hari biasa menjalankan tugas harian.

Sakit ni nampak biasa. Tapi sekali kena MERANA!



My Solution untuk Bengkak Susu

This entry was posted on Wednesday, September 13, 2017 and is filed under , , , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment